Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

206) JALAN MASUK KE EMPANGAN SG TINGGI TERPUTUS

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan memperbaiki jalan masuk ke Empangan Sg Tinggi yang telah lama terputus? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Pada 26.8.2019 telah diadakan satu mesyuarat antara Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor bersama agensi teknikal yang berkaitan serta pemilik tanah iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebagai pemajak tanah. Antara intipati perbincangan tersebut adalah :

     

    1. PKPS telah melantik pihak perunding untuk menyediakan pelan lakaran serta anggaran kerja-kerja baik pulih tanah runtuh tersebut. Kos baik pulih tanah runtuh dan binaan jambatan besi yang baru adalah dianggarkan berjumlah RM 250,000.00 dengan jangkaan pelaksanaan 4 – 6 bulan.

     

    1. Tindakan baik pulih jalan masuk ke Empangan Sungai Tinggi akan dilaksanakan oleh pihak MBI dan PKPS sebagai pemilik dan pemajak tanah secara bersama.

     

    1. Kos baik pulih akan diselaraskan antara pihak MBI dan PKPS

Lampiran

Tiada Lampiran.