Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

82) JALAN MENGHUBUNGI SUNGAI KELAMBU DAN GENTING SANYEN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan bercadang untuk membina Jalan menghubungi Sungai Kelambu dan Genting Sanyen yang menelan belanja RM11 juta. Apakah status projek ini pada masa sekarang?

    Untuk makluman Y.B., anggaran kos projek bagi membina jalan sambungan Sg. Kelambu ke Genting Sanyen adalah berjumlah RM120 juta bagi skop pembinaan jalan baru sepanjang 7km dan menaiktaraf jalan sediaada sepanjang 1.9km. Kos berjumlah RM11 juta diperuntukkan pada tahun 2019 untuk bayaran pengambilan tanah dan juga perunding. Projek ini dijangka tender pada Ogos 2019 dan pembinaan dijangka bermula pada awal tahun 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.