Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

76) JALAN PENGATURCARA (MBSA)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah MBSA mempunyai rancangan untuk membina egressÊdaripada Jalan Pengaturcara U1/51 (JP) agar kenderaan daripada Temasya + Glenmarie boleh masuk terus ke Lebuhraya Persekutuan (LP)? Kini, kenderaan daripada DP naik jejambat merentasi LP ke Jalan Kemajuan Subang dan membuat u-turn depan Wisma Consplant 1. Ini menyebabkan kesesakan teruk terutama pada waktu puncak.

    Pihak JKR Selangor tiada sebarang perancangan terhadap pembinaan egress tersebut kerana Jalan Pengaturcara adalah di bawah pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Walaubagaimanapun, sebarang cadangan laluan baru yang masuk ke Lebuhraya Persekutuan FT02 tidak dipertimbangkan kerana kapasiti trafik sedia ada yang tinggi (Level Of Service F).Sekiranya ada keperluan terhadap cadangan tersebut, Kajian Trafik dan Road Safety Audit (RSA) perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kerja Raya (KKR).

    Justeru itu, terdapat laluan alternatif daripada Temasya Glenmarie ke Lebuhraya Persekutuan FT02 seperti berikut:

    • Melalui Persiaran Kerjaya, Jalan Persekutuan FT3213 ke Jalan Persekutuan FT3214 dan seterusnya ke Lebuhraya Persekutuan FT02
    • Melalui Persiaran Kerjaya, Jalan Persekutuan FT3213 ke Jalan Lapangan Terbang Subang, Jalan Persekutuan FT15 dan seterusnya ke Lebuhraya Persekutuan FT02

Lampiran

Tiada Lampiran.