Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

264) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan

    Jalan Persekutuan FT005 adalah merupakan jalan utama yang menghubungkan pekan dari Kilang Bernas ke Balai Bomba Sekinchan. Pemantauan JKR Selangor mendapati jalan tersebut mengalami kekurangan lampu dan pembahagi jalan. Lampu jalan yang dipasang hanyalah di kawasan persimpangan sahaja. JKR Selangor telah mengadakan lawatan bersama Ibu Pejabat JKR Malaysia serta JKR Daerah Sabak Bernam pada 19 Mei 2009. JKR Selangor telah mengemukakan peruntukan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia berjumlah RM 2,340,000.00 bagi pemasangan lampu dan pembahagi jalan serta menaik taraf persimpangan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.