Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

190) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses menaiktaraf jalan tersebut yang kebelakangan ini semakin sesak khususnya menjelang hari-hari kelepasan am ?

    Ibu Pejabat JKR Malaysia telah pun membuat permohonan untuk menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 kepada Kementerian Kerja Raya bagi dimasukkan di dalam ’Second Rolling Plan’ Rancangan Malaysia Ke 10 untuk dipertimbangkan dan diberi keutamaan memandangkan terdapat keperluan yang mendesak dari segi keselamatan dan keselesaan pengguna.

    Walaubagaimanapun, pihak JKR mengambil maklum tentang masalah kesesakan pada hari-hari kelepasan am dan hujung minggu seperti yang dibangkitkan. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa simpang berlampu isyarat yang terdapat di laluan tersebut yang mengganggu aliran trafik di laluan ini. Pejabat ini akan menjalankan kajian lanjut tentang kepadatan trafik disimpang-simpang berkenaan bagi mengurangkan masalah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.