Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

7) JALAN PERSEKUTUAN 5 ( FT-5)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang dilakukan oleh JKR bagi memastikan FT-5 dari Kapar ke Sabak Bernam tidak terus berlekak-lekuk?

    Bagi memastikan jalan tidak terus berlekak-lekuk, tindakan yang telah diambil seperti berikut:

    • Jalan Tanjung Kalan Kapar ke Tanjung Karang, JKR Selangor telah memohon peruntukan sebanyak RM36 juta daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia pada Februari 2017 untuk disertakan di dalam RP3 bagi tujuan menaiktaraf jalan dan persimpangan di laluan tersebut.
    • arang ke Sabak Bernam adalah sedang dinaiktaraf di bawah Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan 5 (FR5) Sabak Bernam – Hutan Melintang, Selangor sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 20.3.2020. Projek ini diuruskan oleh Cawangan Jalan JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.