JALAN PERSEKUTUAN FT001
42) JALAN PERSEKUTUAN FT001
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai kerja-kerja naiktaraf termasuk pelebaran jambatan di Jalan Persekutuan FT001 berdekatan Batang Kali bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan yang semakin serius? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Cadangan projek bagi Mengantikan dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali Daerah Hulu Selangor FT 001/438/10 telah diluluskan bagi tujuan pelaksanaan oleh UPE, JPM bagi RMKe-11 RP-1 dengan kos siling sebanyak RM15.9 juta.
Walaubagaimanapun projek ini tidak dapat diteruskan atas faktor syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPS Selangor yang memberi kesan kenaikan kos siling.
Sehubungan dengan itu, satu permohonan perubahan skop asal beserta anggaran kos baru telah dimajukan oleh pihak KKR kepada pihak EPU, JPM pada Jun 2017 bagi tujuan kelulusan.
Maklumat Tambahan :-
Objektif Projek Mengantikan dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali Daerah Hulu Selangor FT 001/438/10 adalah seperti berikut:
- Mengurangkan kesesakan Jalan Persekutuan FT001 iaitu dilokasi yang mana berlaku pada waktu puncak dan cuti perayaan.
- Menigkatkan level of service LOS persimpangan kepada minimum level of service LOS C
- Memberikan keselesaan dan menimatkan waktu pengguna
- Menyelesaikan aduan awam.
Cadangan projek bagi mengantikan dan melebarkan jambatan di atas Sungai Batang Kali Daerah Hulu Selangor FT 001/438/10 telah diluluskan bagi tujuan pelaksanaan oleh UPE, JPM bagi RMKe-11 RP-1 dengan kos siling sebanyak RM15.9 juta.
Walau bagaimanapun projek ini tidak dapat diteruskan kerana pihak JPS Negeri Selangor telah menyatakan keperluan Flood Mitigation Schme dan berikut adalah keperluan teknikal dari pihak JPS:
- supaya panjang Jambatan dibina sepanjang 70 meter.
- Membina bunds setinggi 3 meter
Keperluan tersebut adalah berdasarkan rekod pihak JPS tahun 2009 hingga 2012, kawasan tersebut berisiko berlaku banjir.
Disebabkan oleh syarat tersebut ianya melibatkan kerja meninggikan aras jalan tuju sepanjang 1km dan peningkatan lampu isyarat berhampiran, pengalihan utiliti dan dan pengambilan balik tanah.
Setelah mengambilkira syarat JPS dan aspek teknikal yang terlibat kos terkini projek adalah sebanyak RM78 juta. Pihak Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan permohonan kepada pihak Unit Perancang Ekonomi JPM pada Jun 2017 bagi tujuan kelulusan.
