Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

31) JALAN PERSEKUTUAN FT001

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai kontaktor yang dilantik dan pengambilan tanah bagi kerja-kerja naiktaraf termasuk pelebaran jambatan di Jalan Persekutuan FT001 berdekatan Batang Kali bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan yang semakin serius?

    Projek Mengganti Dan Melebarkan Jambatan Di Atas Sungai Batang Kali FT001/438/10 Daerah Hulu Selangor kini telah berada di peringkat akhir perolehan. Surat pelawaan dan penjualan Dokumen Tender telah dilaksanakan pada 5 Disember 2017.

     

    Penilaian tender telah selesai dan keputusan Lembaga Perolehan di peringkat JKR telah dimajukan kepada pihak Kementerian Kewangan untuk keputusan di Peringkat Lembaga Kementerian Kewangan Malaysia.

     

    Peringkat Perancangan sehingga Perolehan dilaksanakan oleh Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Peringkat Pembinaan projek ini akan dipantau oleh JKR Hulu Selangor.

     

    Proses pembinaan projek ini dijangka akan bermula pada pertengahan tahun 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.