Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

47) JALAN PERSEKUTUAN FT54

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan FT54 Kuala Lumpur - Kuala Selangor telah menjadi jalan utama yang sangat sesak kerana pembangunan perumahan yang pesat. Bilakah Pusat Kebudayaan India (berhampiran Petron Sungai Buloh) dapat dialihkan dan bilakah pembesaran simpang tersebut dapat dilakukan oleh JKR?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 54 di bawah penyeliaan pihak JKR Malaysia. Pihak JKR Malaysia tiada perancangan untuk mengalihkan Pusat Kebudayaan India berhampiran stesen minyak Petron Sungai Buloh, membina jejantas di hentian bas di hadapan stesen minyak Petron Bandar Baru Sungai Buloh, dan juga mewujudkan U-turn di hadapan Bandar TSB, Bandar Baru Sungai Buloh.

    Walau bagaimanapun, pihak JKR Malaysia mempunyai perancangan untuk menaiktaraf persimpangan Puncak Alam dari “signalised junction” kepada persimpangan bertingkat yang akan dapat digunakan secara “free flow”. Walau bagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan juga peruntukan yang mencukupi diterima dari pihak Agensi Pusat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.