Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

178) JALAN PERSEKUTUAN KAPAR-MERU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah jalanraya persekutuan antara Pekan Kapar ke Klang akan diperbaiki dan diturap semula?

    Telah ada perancangan untuk menyelenggara jalan-jalan persekutuan termasuk Jalan Kapar (FT05) ini iaitu program berkala pavemen dan berkala bukan pavemen. Kos yang telah diluluskan untuk program ini adalah sebanyak RM 3.7 juta bagi tahun 2019. Status terkini pelaksanaan kerja adalah seperti berikut:

    • Satu (1) bilangan kerja dalam proses penyelenggaraan (berjumlah RM 1,550,000.00)
    • Tiga (3) bilangan kerja dalam proses perancangan (berjumlah RM 2,150,000.00)

    Sila rujuk Lampiran A berhubung Senarai Arahan Kerja Berkala Pavemen 2019.

    Peruntukan ini akan dipohon setiap tahun berdasarkan kepada tahap kerosakan jalan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.