Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

154) JALAN RAYA DI IJOK : JALAN RAYA YANG SEDANG DIBINA DI ANTARA PEKAN IJOK & BESTARI JAYA. JALAN YANG MASIH BELUM SIAP DI ANTARA KG JAYA SETIA DAN BESTARI JAYA AMAT MERBAHAYA KEPADA PENGGUNA JALAN INI KERANA MASIH BANYAK JALAN YANG BERLUBANG DAN GELAP PADA WAKTU MALAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah tegas yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempastikan kontraktor berkenaan mematuhi S.O.P pembinaan jalan?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Negeri B35. Antara langkah-langkah tegas yang diambil bagi memastikan kontraktor mematuhi S.O.P pembinaan jalan adalah seperti berikut:

    • Audit Pelan Pengurusan Trafik telah diadakan sebanyak 5 kali. Tujuan audit ini adalah bagi memastikan kontraktor mematuhi O.P pembinaan jalan. Siri audit ini dijalankan secara berterusan hingga projek siap. Hasil penemuan audit, kontraktor telah diarahkan dengan tegas untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Trafik yang ditetapkan.
    • JKR juga telah melantik pihak ke-3 melaksanakan Pelan Pengurusan Trafik yang gagal dibuat oleh kontraktor utama. Pihak ke-3 adalah kontraktor lain yang dilantik oleh JKR khusus untuk menambahbaik Pelan Pengurusan Trafik seperti papan tanda, penghadang jalan dan penampalan lubang atas jalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.