Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

277) JALAN RAYA DI PUSAT BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri melakukan pemantauan terhadap keadaan jalan raya di pusat bandar di Selangor?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melakukan pemantauan dengan mewujudkan sistem aduan supaya penduduk setempat dapat melaporkan sebarang kerosakan atau keadaan jalan raya di pusat bandar di Selangor. Setiap kawasan juga dikawal oleh pengawas kawasan masing-masing dengan penubuhan satu pasukan pemantauan khas seperti “Road Gang” yang membantu di mana setiap aduan kerosakan jalan yang diterima dapat diambil tindakan awal untuk menjalankan kerja-kerja penampalan sementara

Lampiran

Tiada Lampiran.