Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

167) EKO PELANCONGAN FRUITSVALLEY

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pendapatan dan perbelanjaan untuk Selangor Fruitsvalley.

    Pendapatan dan perbelanjaan untuk Selangor Fruit Valley adalah seperti berikut :-

      1. Agro Pelancongan bermula pada bulan Julai 2017 dan akaun tersebut telah disatukan dengan akaun ladang Selangor Fruit Valley. Pengeluaran buah-buahan dan harga pasaran yang tinggi telah meningkatkan pendapatan ladang.

       

      1. Bermula pada tahun 2018, akaun Agro Pelancongan dan akaun Ladang Selangor Fruit Valley telah diasingkan mengikut unit. Kerugian terkumpul tahun 2018 adalah disebabkan oleh kos operasi yang masih tinggi di Unit Agro Pelancongan.

       

      • Setakat bulan September 2019, kerugian di Unit Agro Pelancongan menguncup (mengecil) berbanding tahun 2018 disebabkan peningkatan jumlah pelancong. Promosi dan pengiklanan bagi menarik pengunjung digiatkan dengan lebih agresif. Namun, fenomena perubahan cuaca (panas yang melampau) telah memberi kesan terhadap pengeluaran buah-buahan di Unit Ladang.

Lampiran

Tiada Lampiran.