Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

124) JALANRAYA DARI PENJARA SUNGAI BULOH MENGHALA KE PEKAN IJOK MEMPUNYAI TERLALU BANYAK SELEKOH YANG SERING MENJADI PUNCA KEMALANGAN JALANRAYA SEHINGGA MERAGUT NYAWA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk meluruskan jalan tersebut demi keselamatan pengguna jalanraya?

    Jalan yang dimaksudkan adalah  jalan persekutuan  FT54.  Kerajaan  Negeri  telah memohon melalui JKR Selangor kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf jalan tersebut dan telah diluluskan. Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina melalui tender terhad dan penjualan dokumen tender dijangka pada bulan September 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.