Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

97) JALANRAYA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan proses atau prosedur untuk penurapan jalan dengan cara yang betul.

    Berikut adalah proses atau prosedur penurapan jalan dengan cara yang betul seperti yang diterangkan di bawah:

    1. Overlay

    Kaedah ini adalah untuk menurap di atas permukaan jalan sedia ada yang mengalami kegagalan fungsi seperti pothole, retak kecil dan rutting kecil. Kerosakan ini perlu dirawat dahulu sebelum overlay dimasukkan iaitu dengan tampalan pothole, crack sealing atau cut and patch. Kaedah menjalankan overlay adalah dengan membersihkan permukaan jalan sedia ada, menyembur tack coat dan meletakan asphalt yang ditentukan. Selepas itu lapisan pavemen baru perlu dipadatkan dengan menggunakan tandem roller dan pneumatic tyre roller.

    1. Mill And Pave

    Ini merupakan satu kaedah membuang lapisan turapan yang rosak (mill) dan menggantikan dengan lapisan turapan baru (pave). Ia dijalankan bila keadaan pavemen mengalami rutting yang tidak ketara (12 mm – 25 mm) dan beralun tidak ketara serta tidak mengalami kegagalan struktur pavemen. Kedalaman milling perlu ditentukan berdasarkan pada kedalaman kerosakan biasanya antara 40 mm hingga 100 mm melalui mengambil sampel core dan mengambilkira ketebalan pavemen sediada. Kaedah ini dimulakan dengan membuang lapisan permukaan yang rosak dengan menggunakan mesin milling. Permukaan itu dibersihkan dengan menggunakan power broom, air blower atau secara manual. Selepas itu tack coat disembur sebagai lapisan pengikat dan diturap dengan asphalt yang ditentukan. Lapisan asphalt ini akan dipadatkan menggunakan tandem roller dan pneumatic tyre roller.

Lampiran

Tiada Lampiran.