Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

247) JAMBATAN KE 3 KLANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Jambatan Ke 3 Klang sebagai salah satu daripada produk pelancong negeri?

    Kerajaan Negeri tiada perancangan khusus dari segi aspek pelancongan untuk menjadikan jambatan ke-3 Klang sebagai produk pelancongan Negeri. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangan dan potensi yang ada di seluruh Negeri Selangor termasuk jambatan ke-3 tersebut untuk diangkat menjadi produk pelancongan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.