Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

217) JAMBATAN KETIGA

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina jambatan ketiga di Sungai Klang memandangkan Kerajaan Persekutuan enggan membinanya?

    Jambatan ketiga merentasi Sungai Klang adalah salah satu kaedah yang difikirkan
    dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di Bandar Klang. Anggaran kos untuk
    membinan jambatan ini adalah sebanyak RM 250 juta. Kerajaan Negeri akan
    mempertimbangkan pembinaan jambatan ini jika kewangan mengizinkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.