Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

69) JAMBATAN LALUAN KE KAWASAN KUBUR KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG SG BULOH

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status cadangan Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk membina jambatan laluan ke kawasan perkuburan Cina di Kg Bahagia Lagong berhampiran Pusat Rawatan UITM Sg Buloh ?

    Untuk makluman, permohonan untuk menaiktaraf jambatan berkenaan telah dikemukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) pada 2017. Pihak PDTG telah memberikan maklumbalas bahawa tiada halangan bagi pembinaan jambatan tersebut dengan kos pembaikan ditanggung sendiri oleh pemohon melalui surat pada 15 September 2017. Pihak JPS juga telah memberikan ulasan bahawa tiada halangan bagi pembinaan jambatan tersebut dan akan memberikan nasihat teknikal sebelum jambatan tersebut dibuat kelak. Sehingga kini, tiada permohonan ulasan teknikal diterima bagi pembinaan jambatan tersebut.

    MAKLUMAT TAMBAHAN

     Hasil dari siasatan di tapak mendapati jambatan laluan ke Kawasan Perkuburan Cina di Kg Bahagia masih berfungsi sepenuhnya dan permohonan yang diterima adalah bagi menaiktaraf serta melebarkan jambatan tersebut.

    Untuk makluman, pihak JPS sedang melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf Sg Chemubong di mana sekiranya kerja-kerja bagi menaiktaraf jambatan dilaksanakan menyebabkan kerja-kerja kontraktor akan terganggu berikutan tiada dalam skop kerja bagi menaiktaraf jambatan tersebut. Pihak kontraktor telah memasang balik ‘box culvert crossing’ sediaada semasa kerja-kerja menaiktaraf Sungai Chemubong dilaksanakan.

    Pihak JPS tiada halangan bagi cadangan kerja-kerja membina jambatan yang dimohon oleh Pejabat Daerah Tanah Gombak menggunakan peruntukan sendiri dan pihak jabatan akan memberikan nasihat teknikal dan ulasan sekiranya dikemukakan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.