Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

3) JAMBATAN LALUAN KE KAWASAN KUBUR KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG SG BULOH

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status cadangan Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk membina jambatan laluan ke kawasan perkuburan Cina di Kampung Bahagia Lagong berhampiran Pusat Rawatan UiTM Sg Buloh ?

    Untuk makluman Y.B, pembinaan jambatan laluan tersebut sedang dalam pembinaan di bawah Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Saliran Sungai Chemubung, Mukim Batu Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Jambatan laluan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan September 2018 dengan kos sebanyak RM19,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.