Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

201) JAMBATAN MOTOSIKAL MELINTAS NPE

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah dapat dibina jambatan kedua bagi motosikal dan pejalan kaki, merentas New Pantai Expressway (NPE) yang menghubungkan PJS 1 dan Seksyen 1 Petaling Jaya?

    Pihak Lembaga Lebuhraya telahpun memberi maklumbalas kepada          pihak UPEN mengenai cadangan untuk membina jejantas ini       melalui surat             mereka bertarikh 13 Julai    2016, Ruj:LLM/KS/1100/2/011 Jld.11.  Pihak UPEN telah diminta supaya menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk proses kelulusan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tepi Lebuhraya (JPTL):

    1. Cadangan lokasi pembinaan jejantas yang melibatkan jajaran lebuhraya
    2. Lukisan konsep cadangan jejantas

Lampiran

Tiada Lampiran.