Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

273) JAMBATAN RUNTUH DI CYBERJAYA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jambatan runtuh di Selangor Science Park Interchange berdekatan Cyberjaya menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di waktu puncak di kawasan tersebut. Apakah status terkini tentang permasalahan ini?

    Sehingga kini, laporan interim kajian sedang disediakan oleh Perunding Bebas yang telah dilantik berdasarkan maklumat-maklumat daripada PKNS dan PLUS termasuk perunding masing-masing yang terlibat dengan reka bentuk struktur jambatan dan reka bentuk lebuh

     

    Proses ini melibatkan pengumpulan data dan membuat analisa berkaitan pembinaan jambatan dan lebuh raya di pelbagai peringkat termasuk siasatan tanah, reka bentuk, penyeliaan sehingga struktur siap termasuk siri-siri ujian yang telah dibuat di tapak. Ujian-ujian dan kerja-kerja  tambahan  turut  dijalankan di tapak bagi menentu sahkan data-data yang diserah.

     

    Laporan interim preliminari telah diperolehi pada 11 November 2013 dan laporan muktamad di bentang pada Disember 2013.

     

    Dalam pada itu, bagi mengurangkan kesesakan trafik yang teruk di waktu puncak, PKNS telah meminta bantuan pihak Polis untuk mengawal lalu lintas pada waktu-waktu puncak.

Lampiran

Tiada Lampiran.