Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

200) JAMBATAN RUNTUH SCIENCE PARK2

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan kerja-kerja pembinaan jambatan di Pekan Semenyih yang masih tertangguh dari tarikh siapnya?

    Projek yang dimaksudkan adalah projek Menaiktaraf Jambatan Semenyih FT031/046/05 di Laluan FT 31, Jalan Semenyih, Daerah Hulu Langat. Projek ini masih di peringkat pembinaan dengan kemajuan Fizikal 95%, baki kerja melibatkan kerja perabot jalan. Tarikh siap semasa projek adalah pada 17 Oktober 2019 dan Liquidated and Ascertained Damages, (LAD) telah dikenakan kepada pihak kontraktor sebanyak RM1,372.81 sehari.

    Projek ini dijangka dapat disiapkan pada hujung Disember 2019 dengan kontraktor dikenakan LAD.

Lampiran

Tiada Lampiran.