Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

160) JAMBATAN SEMENYIH

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kelulusan pembinaan jambatan atau jejantas menghubungkan Persimpangan Broga ke Pekan Semenyih Sentral bagi mengatasi kesesakan di Pekan Semenyih?

    Projek Cadangan Menaiktaraf Jalan Dan Jambatan Di Pekan Semenyih adalah merupakan perancangan oleh pihak MPKj berikutan pertumbuhan pesat pembangunan di sekitar Pekan Semenyih. Cadangan bagi projek tersebut memerlukan kelulusan dan ulasan seperti Jabatan Kerja Raya Hulu Langat, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan Selangor kerana melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan di Pekan Semenyih kepada 4 lorong dan pembinaan jambatan baru merentasi Sungai Semenyih yang menyambungkan Jalan Bangi Lama (B18), Jalan Persekutuan 1 Jalan Broga (B34).

Lampiran

Tiada Lampiran.