Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

84) JAMBATAN SIMPANG LIMA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Keselamatan jambatan Simpang Lima amat merisaukan. Adakah JKR akan menukar 'Railing' ke 'Railing' Roller untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan?

    Jalan ini merupakan Jalan Persekutuan FT 2 yang dahulunya adalah jalan ber tol milik PLUS dan telah diserahkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia pada 1 April 2017. Pihak JKR Selangor ada cadangan untuk menukar railing tersebut kepada parapet wall. Pihak JKR Negeri Selangor telah mengemukakan permohonan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia untuk ulasan dan cadangan teknikal berhubung rekabentuk parapet wall tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.