Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

133) JAMINAN BEKALAN MAKANAN (FOOD SECURITY)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang telah dibuka untuk kawasan pertanian di bawah PKPS dan nyatakan lokasinya mengikut daerah?

    Jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang telah dibuka untuk kawasan pertanian di bawah PKPS adalah 875.57 hektar. (Rujuk Jadual di Lampiran 1 untuk ringkasan maklumat ini)

    – Daerah Gombak mencatat keluasan tanah terbesar iaitu sebanyak 341.96 hektar bersamaan 39% dari jumlah keseluruhan kawasan. Jumlah ini termasuk kawasan Selangor Fruit Valley seluas 318.42 hektar.

    – Daerah Hulu Selangor mencatat keluasan kedua tertinggi iaitu 290.20 hektar bersamaan 33% dari jumlah keseluruhan kawasan.

    – Daerah Hulu Langat mencatat keluasan 92.73 hektar (11%).

    – Daerah Kuala Selangor yang merangkumi kawasan seluas 58.69 hektar (7%).

    – Lain-lain daerah yang terlibat adalah Sabak Bernam dan Sepang, masing-masing dengan kawasan pertanian seluas 47.47 hektar (5%) dan 44.52 (5%).

Lampiran

Tiada Lampiran.