Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

107) JANGKAAN ISU /MASALAH SAMPAH DIURUS SECARA BERKESAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu sampah merata masih menjadi isu utama di Selangor. Bilakah kerajaan Selangor menjangka akan boleh menyelesaikan masalah ini secara total?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan serius dalam menangani masalah sampah ini walaupun tidak sepenuhnya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor antaranya ialah:-

    • Kerajaan Negeri dalam proses mewujudkan pelan tindakan jangka panjang untuk tempoh tiga (3) hingga 20 tahun dalam pengurusan sisa pepejal di Negeri Selangor. Antara tindakan-tindakan yang diambil dalam pelan jangka panjang ini termasuklah:-
      • Menjalankan kajian bagi menyediakan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif dan mengikut kajian kos untuk tempoh 10 hingga 20 tahun;
      • Menjalankan Projek Perintis Kitar Semula di kawasan PBT bagi mendapatkan maklumat dan melihat trend penduduk di beberapa kawasan dalam amalan kitar semula;
      • Menggubal Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor;

    Kerajaan Negeri juga melalui UPEN sedang meneliti dan mengkaji cadangan/keperluan untuk mewujudkan SPV (Special Purpose Vehicle) bagi mengatasi perkara ini secara holistik tertakluk kepada keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.