Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

19) JANGKAAN PELABURAN 2019

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah anggaran jumlah pelaburan masuk dan keluar pada suku tahun pertama 2019?

    Bagi tempoh Januari hingga Mac 2019, pihak MIDA telah meluluskan sebanyak 75 projek perkilangan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,521,573,565 (RM 1.521 bilion). Daripada jumlah ini, sebanyak RM 954,109,774 daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 567,463,792 daripada pelaburan asing. Sebanyak 51 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,126,208,695 dan sebanyak 24 projek merupakan projek pembesaran atau pelbagaian dengan nilai pelaburan berjumlah RM 395,364,871.

Lampiran

Tiada Lampiran.