Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

192) JANJI MANIFESTO

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri berhasrat menggugurkan manifesto PRU-12 yang gagal dilaksanakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat Kuang, sepanjang pentadbiran yang lalu, kita telah berjaya melaksanakan sebahagian besar kandungan manifesto 2008 yang merangkumi aspek Pentadbiran, Sosial Dan Kebajikan Rakyat, Kesihatan Rakyat, Ekonomi Rakyat serta Keselamatan Rakyat:

    Bil. Manifesto PR Selangor 2008 Status Pelaksanaan Pelaksanaan Oleh Kerajaan Negeri
    1. Pentadbiran

    Memastikan Exco dan ADUN sentiasa bersih daripada penyelewengan sepanjang

    perkhidmatan

    Selesai Selcat (menyiasat setiap perbelanjaan ADUN)
    2. Menubuhkan badan khas untuk menyiasat segala penyelewengan yang berlaku berkaitan pentadbiran tanah dan sumber-sumber negeri Selesai -Selcat

    -Enakmen FOI &

    SELESA

    -reklasifikasi dokumen

    OSA

    3. Memberhentikan projek-projek membazir yang merugikan dan tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Selesai -Tutup BALKIS -Penamatan

    perkhidmatan Alam Flora

     

    4. Sosial Dan Kebajikan Rakyat

    Air percuma untuk warga Selangor

    Selesai Air percuma untuk 20 meter padu yang pertama untuk meter individu
    5. Memberi         hadiah        sebanyak

    RM1,000 seorang kepada setiap anak Selangor sebaik menerima tawaran kemasukan ke manamana Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

    Selesai Setakat Disember 2012 seramai 32,727 penerima dengan kos RM31,948,076
    6. Memberi bantuan atau biasiswa menurut merit kepada anak Selangor di semua peringkat

    pendidikan

    Selesai Biasiswa Yayasan Selangor
    7. Membuka tabung permulaan bernilai RM100 bagi setiap

    kelahiran anak Selangor

    Selesai -Tabung Warisan Anak

    Selangor (TAWAS) -Setakat Disember 2012, seramai 60,352 penerima dengan kos RM6,035,200

    8. Memberikan pendidikan prasekolah percuma kepada anak

    Selangor berusia 5 – 6 tahun

    Dalam Pelaksanaan Skim Bantuan Tadika (TUNAS)
    9. Mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak ke nurseri tanpa had bilangan dengan memberi subsidi antara RM50 –

    RM100 seorang

    Dalam Pelaksanaan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)
    10. Mencarumkan skim perlindungan insurans (takaful) warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim Selesai -Skim Mesra Usia Emas

    (SMUE)

    -Setakat Disember 2012, seramai 36,511 penerima dengan kos RM87,572,500

    11. Memberikan elaun ibu tunggal yang layak menurut tanggungan masing-masing Dalam Pelaksanaan Melalui Pejabat Exco YB Rodziah
    12. Memberi elaun khas antara RM150 – RM250 sebulan untuk wanita tanpa pekerjaan tetap yang memilih untuk menjadi suri rumah bagi menjaga anak-anak kecil mereka (di bawah 12 tahun) Dalam Pelaksanaan Dilaksana dengan pindaan oleh kerajaan negeri
    13. Memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah dalam Dalam Pelaksanaan -Skim Perumahan

    Mampu Milik

    -Berjumlah 11,001 unit yang telah siap dibina.

    -Untuk 2014 – 2018,

    PKNS akan membina

    9,481 unit lagi

    14. Mewujudkan institusi untuk menyelaraskan hal-ehwal agama selain agama Islam demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum dan agama Akan Dimaklumkan
    15. Kesihatan Rakyat

    Memberi cuti bergaji selama 90 hari bagi wanita bersalin

    (kakitangan kerajaan negeri)

    Selesai Setakat Disember 2012, seramai 30 orang yang telah memanfaatkannya
    16. Memberi cuti selama 14 hari kepada suami (kakitangan kerajaan negeri) bagi menjaga

    isteri yang baru bersalin

    Selesai Setakat Disember 2012, hanya seorang penerima

    yang menggunakan manfaat ini

    17. Memberi cuti bergaji selama satu bulan bagi wanita (kakitangan kerajaan negeri) yang kematian suami Selesai Dilaksana sebagai satu usaha empati kepada

    kakitangan wanita yang

    terlibat

    18. Menyediakan perkhidmatan perubatan di hospital kerajaan dan pengangkutan awam percuma kepada semua warga emas yang berusia 65 tahun ke atas Dalam Pelaksanaan Skim Pemeriksaan Mata

    Percuma bakal dilancarkan oleh kerajaan negeri

    19. Ekonomi Rakyat

    Memudahkan dan mempercepatkan kelulusan dan pembaharuan lesen perniagaan

    Dalam Pelaksanaan -Sistem online

    -Sistem LBLS untuk percepatkan urusan tanah

    20. Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak

    10%

    Dalam Pelaksanaan -Premium tanah sebanyak RM1,000 -Kerajaan negeri memberi diskaun 20% 25% bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah kos rendah
    21. Membela kehidupan rakyat miskin terutama petani dan nelayan bagi memperoleh pendapatan minimum

    RM1,200 sebulan

    Selesai -Program meningkatkan

    hasil padi -Statistik terkini

    sebanyak 55% petani berpendapatan antara

    RM1,000 – RM1,500 dan sebanyak 16%

    berpendapatan lebih

    RM1,500

    22. Keselamatan Rakyat

    Menguatkuasa dan memantau projek-projek pembangunan agar mematuhi syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan kejadian seperti tanah runtuh dan banjir

    Selesai -Telah mengarahkan agar dikaji setiap cerun bukit

    -Pemasangan sebanyak 414 CCTV di 12 PBT yang menelan belanja

    RM117.2juta

    23. Mengkaji semula sistem Rukun Tetangga untuk diganti dengan sistem baru yang lebih berkesan di bawah penyeliaan PBT Sedang Dilaksanakan Satu skim rondaan keselamatan akan dilaksanakan seluruh Selangor bawah program kerajaan negeri bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni selaras dengan kempen Pangsapuriku Bersih, Ceria & Harmoni
    24. Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita Selesai Menempatkan one-stopcentre di lokasi-lokasi berpotensi jenayah

    Jika diamati, hanya satu sahaja perkara yang masih dalam status ‘Akan Dimaklumkan’. Bakinya adalah berstatus ‘Selesai’ dan ‘Sedang Dilaksanakan’. Justeru jika di congak peratus keseluruhannya, kita telah melaksanakan 96% kandungan manifesto 2008. Dan untuk makluman dewan juga, kerajaan negeri telah laksanakan lebih daripada apa yang ditawarkan dalam manifesto 2008. Program-program tersebut termasuklah:

    • Tabung Anak Pekerja Ladang
    • Skim Mikrokredit (SkimSel dan MiMBAR)
    • Program pendidikan (SPIES, GEMS, Tuisyen Rakyat)
    • Skim Perumahan Pekerja Ladang
    • Bantuan pengurusan bangunan, lif dan pusat komuniti
    • Pemulihan rumah terbengkalai

    Sungguhpun begitu, masih terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dan menyebabkan segelintir daripada mereka ini telah bertindak untuk menyaman kerajaan negeri. Namun demikian, sebagai sebuah kerajaan yang demokratik, kita mengalu-alukan saman yang telah dibuat oleh rakyat negeri Selangor. Butiran saman yang difailkan adalah seperti berikut:

    • 10 November 2010 – Kes saman RM471.64 juta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terhadap Kerajaan Negeri Selangor berhubung perjanjian konsesi bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 yang dibuat menerusi Tetuan Soo Thien Ming
    • 11 September 2012 – Kes saman 711 pengguna air Selangor menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor berhubung tunggakan air percuma yang difailkan oleh Tetuan Kamarudin dan Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad
    • November 2012 – Kes saman RM5.858 juta 2,019 suri rumah di Selangor terhadap Kerajaan Negeri Selangor bagi menuntut elaun khas sebagaimana yang terdapat dalam manifesto 2008 yang difailkan menerusi peguam Kamarudin Ahmad

    Namun demikian, pada tanggal 14 Mei 2013, Mahkamah Rayuan Putrajaya telah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,019 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto 2008. Peguam kami juga memaklumkan terdapat 2 lagi kes yang melibatkan seorang warga emas yang mendakwa tidak menerima skim insurans sebanyak RM2,500 dan pemilik rumah yang mendakwa tidak menerima program air percuma telah menggugurkan saman mereka. Kita bersetuju dan mahkamah mengarahkan pihak berkenaan untuk membayar kos sebanyak RM1,000 kepada kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.