Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

102) JARINGAN PERNIAGAAN KEPADA PARA PETANI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jaringan perniagaan yang disediakan Kerajaan Negeri kepada petani?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor menumpukan kepada pengeluaran tanaman-tanaman makanan di kalangan petani dan usahawan tani. Pada masa yang sama Jabatan Pertanian membuat aktiviti penemusuaan di antara pengeluar dengan usahawan-usahawan industri asas tani (IAT) bagi mendapatkan harga yang

    Jabatan Pertanian juga membantu dalam mempromosikan produk asas tani melalui medium seperti peluang berniaga di program pameran dan jualan seperti ekspo Selangor Agrofest (SAF), Halalfest, MIHAS, jualan hari raya di pasaraya terpilih dan semasa Hari Bertemu Pelanggan di daerah-daerah. Selain itu, Jabatan Pertanian juga membantu dari segi cetakan bahan promosi seperti phamplet, bunting dan banner untuk kegunaan usahawan bimbingan. Jabatan juga bekerjasama erat dengan Pasaraya Aeon untuk membawa produk-produk usahawan bimbingan ke dalam pasaraya ini. Program ini telah mencatatkan hasil jualan dari Januari hingga September 2015 sebanyak RM1.089 juta melibatkan 38 orang usahawan.

    Jabatan Pertanian juga bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam melaksanakan program Ladang Kontrak untuk bekalan ke pasar tani. Kerajaan Negeri melalui kerjasama PBT dan FAMA telah melaksanakan program pasar tani bagi membolehkan hasil-hasil keluaran petani Negeri Selangor dijual terus kepada pengguna. Sehingga kini sebanyak 50 buah pasar tani telah beroperasi di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.