Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

53) JAWATAN DAN PERLANTIKAN KETUA-KETUA KAMPUNG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan ketua-ketua kampung di Negeri Selangor pada masa kini?

    1. Kriteria-kriteria yang diguna pakai dalam pemilihan ketua-ketua kampung di Negeri Selangor pada masa kini adalah seperti berikut :-

     

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur di antara 30 – 65 tahun;
    • Hendaklah tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia, kecuali bagi Ketua Kampung bukan Melayu memadailah ia tahu bertutur Bahasa Melayu;
    1. Hendaklah telah berumah tangga (beristeri) di dalam kampung itu dan telah bermastautin dalam kampung sekurang-kurangnya 2 (dua) tahun. Bagi kampung yang baru dibina, syarat ini boleh dilonggarkan mengikut budi bicara Pegawai Daerah;
    2. Hendaklah ia bekerja sendiri di kampung berkenaan itu ataupun menjalankan pekerjaan lain tetapi yang difikirkan masa dan tenaganya yang berpatutan bagi jawatan sebagai Ketua Kampung;
    3. Hendaklah ia seorang yang bukan kakitangan Kerajaan; dan
    • Hendaklah ia berkelakuan baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.