Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

213) JAWATAN KONTRAK AHLI MAJLIS, JKKK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam konteks penambahbaikan Kerajaan apakah langkah-langkah yang diambil bagi jawatan-jawatan kontrak seperti Ahli Majlis, JKK dan lain-lain supaya dapat memainkan peranan yang sebenar dalam membawa mesej Kerajaan?

    Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor adalah dilantik berdasarkan
    Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan bukan di atas lantikan
    secara kontrak. Seseorang Ahli Majlis tidak boleh bertindak dalam jawatan Ahli Majlis
    melainkan jika dia telah membuat dan menandatangani suatu pengakuan menerima
    jawatan dalam Borang A dalam Jadual Pertama kepada Akta berkenaan di hadapan
    Pihak Berkuasa Tempatan.
    Seperti mana yang sedia maklum, Ahli-Ahli Majlis PBT telah dipertanggungjawabkan
    untuk memainkan peranan sebagaimana yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri
    seperti berikut:
    i. Sebagai Sebahagian Daripada Sistem Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan;
    ii. Sebagai Penasihat Kepada Majlis;
    iii. Sebagai Mewakili Rakyat;
    iv. Membuat Dan Meluluskan Undang-Undang Kecil;
    v. Sebagai Penggubal Dasar Majlis;
    vi. Sebagai Pendokong Dasar Majlis;
    vii. Sebagai Penyemak Pelaksanaan Dasar;
    viii. Sebagai Tenaga Penggerak Masyarakat; dan
    ix. Sebagai Pemantau Terhadap Integriti Dan Akauntabiliti PBT.
    Bagi memastikan Ahli-Ahli Majlis memahami dan membawa mesej Kerajaan Negeri
    melalui peranan seperti di atas, pelbagai inisiatif telah diambil di peringkat Kerajaan
    Negeri dan juga PBT seperti pendekatan melalui kursus dan bengkel pemahaman
    pengurusan dan pentadbiran keseluruhan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah
    mengadakan beberapa perjumpaan bersama Ahli-Ahli Majlis PBT agar dapat
    diperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai dasar-dasar yang diwujudkan.
    Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap Ahli Majlis agar lebih
    prihatin dalam memahami dan juga membawa mesej-mesej Kerajaan Negeri
    memandangkan pelbagai alternatif telah diambil bagi memastikan Ahli-Ahli Majlis peka
    terhadap dasar-dasar yang telah digariskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.