Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

42) JAWATAN KONTRAK DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI (SUK)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pegawai kontrak di pejabat SUK dan senaraikan mengikut jawatannya?

    Berdasarkan data perjawatan yang dikemas kini sehingga 2 Jun 2014, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mempunyai seramai 175 orang pegawai yang dilantik secara kontrak dan terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred. Perincian jumlah pegawai lantikan kontrak berkenaan mengikut jawatan dan Bahagian / Seksyen / Unit adalah seperti di jadual berikut:

    Bil. Jawatan Bilangan
    1 Pereka 1
    2 Pegawai Ehwal Ekonomi 1
    3 Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi 4
    4 Pegawai Teknologi Maklumat 2
    5 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 2
    6 Pemandu Kenderaan 9
    7 Juruteknik 2
    8 Jurutera 3
    9 Juruukur Bahan 1
    10 Pembantu Teknik 1
    11 Penolong Juruukur 1
    12 Pegawai Undang-Undang 1
    13 Pegawai Khidmat Pelanggan 1
    14 Pegawai Tadbir 16
    15 Pembantu Am Pejabat 11
    16 Pembantu Operasi 2
    17 Pembantu Penguatkuasa 14
    18 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) 46
    19 Pembantu Tadbir Rendah 1
    20 Penolong Pegawai Penguatkuasa 1
    21 Penolong Pegawai Tadbir 19
    22 Pekerja Awam 4
    Bil. Jawatan Bilangan
    23 Pemandu Kenderaan 12
    24 Tukang K3 1
    25 Pegawai Berita 1
    26 Pembantu Belia Dan Sukan 1
    27 Penolong Pegawai Penerangan 1
    28 Penolong Pegawai Perancang Bahasa 1
    29 Akauntan 2
    30 Pembantu Tadbir Kewangan 11
    31 Penolong Akauntan 2
    32 Penolong Juruaudit 1
    Jumlah Keseluruhan 175

Lampiran

Tiada Lampiran.