Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

199) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi dan sasaran yang hendak dicapai untuk tahun 2015-2020 di bawah Jawatankuasa Bandar Selamat?

    PBT meletakkan sasaran perancangan untuk mengurangkan kadar jenayah dalam konteks jenayah jalanan dan jenayah harta benda sekurang- kurangnya mencapai sehingga 20 peratus. Selain itu, PBT memperkasakan lagi 15 langkah yang terdapat di dalam Pelan Induk Program Bandar Selamat yang mengandungi pelan-pelan tindakan yang berkaitan dengan penyediaan elemen pencegahan jenayah dari aspek sosial, fizikal dan keselamatan. Penyediaannya turut memfokuskan kepada kerjasama serta perkongsian pintar di antara pihak-pihak berkepentingan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Jabatan Perpaduan Daerah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), NGO dan lain-lain dalam menentukan halatuju keselamatan daerah terutamanya di kawasan bandar dan tumpuan awam. Pihak PBT diseru agar mempergiatkan lagi usaha-usaha untuk mengurangkan jenayah jalanan seperti samun bersenjata api, ragut, rogol dan pecah rumah di kawasan-kawasan hotspot yang telah dikenalpasti berdasarkan data jenayah yang direkodkan di dalam Sistem Pemantauan Bandar

Lampiran

Tiada Lampiran.