Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

176) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah sasaran,perancangan yang ditetapkan dan peruntukan yang diberikan untuk Jawatankuasa Bandar Selamat di setiap PBT bagi tahun 2013-2018.

    PBT meletakkan sasaran perancangan untuk mengurangkan kadar jenayah dalam konteks jenayah jalanan dan jenayah harta benda sekurang- kurangnya mencapai sehingga 20 peratus. Selain itu, PBT memperkasakan lagi  15 langkah yang terdapat di dalam Pelan lnduk Program Bandar Selamat yang mengandungi pelan-pelan tindakan yang berkaitan dengan penyediaan elemen pencegahan jenayah dari aspek sosial, fizikal dan   Penyediaannya turut memfokuskan kepada  kerjasama  serta  perkongsian pintar di antara pihak-pihak berkepentingan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Agama Islam  Daerah (PAID), Jabatan Perpaduan Daerah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),NGO dan lain-lain dalam menentukan hala tuju keselamatan daerah terutamanya di kawasan bandar dan tumpuan  awam.  Pihak  PBT diseru agar mempergiatkan lagi usaha-usaha untuk mengurangkan jenayah jalanan seperti samun bersenjata api, ragut, rogol dan pecah rumah di kawasan-kawasan hotspot yang telah dikenal pasti berdasarkan data jenayah yang direkodkan di dalam Sistem Pemantauan Bandar Selamat.

    Berikut     adalah     peruntukan     yang      diberikan      untuk    Jawatankuasa Bandar Selamat di setiap PBT bagi tahun 2013-2018 :

     

     

     

    .

     

    2013 (RM)

     

    2014 (RM)

     

    2015 (RM)

     

    2016 (RM)

     

    2017 (RM)

     

    2018 (RM)

    MBSA 1,700,000.00 2,000,000.00 4,000,000.00 Tiada Tiada Tiada
    MBPJ 3,343,500.00 3,449,650.00 3,843,500.00
    MPK 3,678,000.00 48,913.00 56,345.00 Menunggu peruntukan dilulus dan

    disalurkan

    MPAJ Tiada Tiada Tiada 100,000.00 Tiada Tiada
    MPSJ 1,830,784.25 Tiada 15,000.00 Tiada Tiada Tiada
    MPS 50,000.00 50,000.00 50,000.00 50,000.00 50,000.00 50,000.00
    MPKj 1,200,000.00 Tiada 25,000.00 15,000.00 15,000.00 15,000.00
    MPSp 39,000.00 646,500.00 307,000.00 100,000.00 300,000.00 300,000.00
    MDKL 30, 000.00 30,000.00 30,000.00 Tiada Tiada Tiada
    MDHS 25, 000.00 24,000.00 30,000.00 40,000.00 50,000.00 60,000.00
    MDKS TIADA PERUNTUKAN
    MOSS TIADA PERUNTUKAN

Lampiran

Tiada Lampiran.