Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

284) JAWATANKUASA KAWALAN WABAK DENGGI DAERAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melibatkan ADN, Ahli Majlis PBT dan JKKK dalam Jawatankuasa Kawalan Wabak Denggi Daerah yang diselaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah?

    Ya, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melibatkan ADUN, Ahli Majlis PBT dan JKKK Daerah dalam Jawatankuasa Kawalan Wabak Denggi Daerah melalui mekanisma

    Mekanisma Ekosistem ini masih di dalam peringkat percubaan dan sedang dilaksanakan di daerah Petaling. Pendekatan ekosistem ini fokus kepada aktiviti pencegahan berbanding kawalan iaitu tertumpu kepada tempat pembiakan jentik-jentik di laksanakan di kawasan – kawasan yang telah di tetapkan.

    Di bawah pendekatan ini juga, sesuatu kawasan di dalam Daerah tersebut dibahagikan mengikut DUN bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan denggi.

    Setiap ekosistem akan diketuai oleh ADUN di kawasan tersebut serta Pejabat Kesihatan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Majlis dan masyarakat setempat menjadi penggerak kepada pelaksanaan aktiviti pencegahan denggi.

    Melalui pelaksanaan ekosistem ini, penglibatan semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing adalah amat penting bagi memastikan kawasan ekosistem mereka bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.