Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

311) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ?

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri akan menaikkan elaun JKKK dalam belanjawan bajet 2015 ?

    Ketua-Ketua Kampung merupakan pemimpin masyarakat dan wakil Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Pemilihan Ketua-Ketua Kampung ini adalah melalui proses temuduga yang melibatkan ADUN, Ahli Parlimen kawasan serta wakil-wakil parti dan Pejabat Daerah. Pelantikan sebagai Ketua Kampung merupakan satu mandat dan amanah Kerajaan Negeri di mana Ketua-Ketua Kampung bertanggungjawab menjadi ketua masyarakat dan mengutarakan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh masyarakat Tugas Ketua Kampung merupakan satu ibadah dan juga kerja secara sukarela atau ‘social work’ tanpa mengharapkan apa-apa bantuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap memberi elaun sebanyak RM800.00 sebulan kepada Ketua Kampung. Selain itu, setiap Ketua Kampung diberi peruntukan sebanyak RM10,000.00 setahun bagi mengadakan aktiviti-aktiviti atau program-program JKKK. Kadar kenaikan elaun JKKK akan dikaji dari semasa ke semasa selaras dengan keadaan ekonomi pada masa ini selain tertakluk kepada peruntukan sedia ada daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.