Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

11) JAWATANKUASA KHAS TEBATAN BANJIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan masalah-masalah yang telah diselesaikan oleh jawatankuasa ini pada tahun 2015?

    Masalah yang telah diselesaikan oleh Jawatankuasa Task Force Banjir adalah seperti berikut:

     

    Masalah banjir lumpur akibat daripada proses kerja tanah yang tidak mengikut syarat pelan kerja tanah. Sebanyak 16 operasi Ops Lumpur telah dilaksanakan membabitkan 16 buah projek pembangunan yang sedang didalam kerja tanah pada tahun 2015. Daripada hasil operasi, surat-surat amaran dan kompaun telah dikenakan kepada pemaju yang melanggar syarat kerja tanah. Didapati semua pemaju telah pun membaikpulih tapak pembinaan mengikut syarat kerja tanah bagi mengelakkan kejadian

     

    Sebanyak 3 kali mesyuarat dan lawatan tapak khas telah diadakan dengan jabatan dan agensi yang terlibat ke projek tebatan banjir yang menghadapi masalah-masalah seperti di projek RTB Sg Jeluh, Kajang dengan isu gerai penjaja, Projek RTB Sungai Rasah dengan isu meluruskan jajaran parit Lembaga Lebuhraya Malaysia dan juga Projek RTB Sungai Binjai Hamzah Alang dengan isu lintasan ke rumah

Lampiran

Tiada Lampiran.