Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

148) JAWATANKUASA KUALITI SELANGOR (KUASEL)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan objektif dan matlamat Jawatankuasa KUASEL diwujudkan

    Matlamat penubuhan KUASEL adalah bertepatan dengan Dasar Perumahan Negeri Selangor iaitu untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ dan bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk

     

    Dengan sasaran yang telah ditetapkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk membina sejumlah 15,000 unit Rumah Selangorku sehingga 2018, penubuhan Jawatankuasa KUASEL adalah sebagai pasukan khas bagi memastikan kualiti unit dibina dalam skim Rumah Selangorku menepati piawaian ditetapkan dalam langkah proaktif Kerajaan Selangor

     

    Selain itu, terdapat beberapa objektif utama penubuhan jawatankuasa KUASEL dan ianya adalah seperti berikut:-

     

    • Memantau segala kerja-kerja pembinaan serta kualiti binaan unit rumah Skim Rumah Selangorku dari semasa ke
    • Memeriksa spesifikasi dan piawaian pembinaan unit rumah Skim Rumah Selangorku mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak
    • Memastikan keadaan unit Rumah Selangorku siap pada masa yang ditetapkan dan berada dalam keadaan terbaik dan selesa
    • Menerima dan menilai aduan daripada pembeli berkenaan dengan kualiti Rumah Selangorku

Lampiran

Tiada Lampiran.