Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

47) JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial dalam usaha bersepadu membanteras masalah sosial. Bagaimanakah kerjasama dan komitmen agensi kerajaan dalam menjayakan objektif jawatankuasa?

    1. Penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial bertujuan untuk membantu  Kerajaan Negeri meminimumkan senario gejala sosial di    Melalui  jawatankuasa ini, perancangan program dibuat ke arah mewujudkan Generasi Idaman Selangor (GeMS). Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial melibatkan pelbagai jabatan / agensi dan berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial  secara efektif. Jawatankuasa ini berperanan sebagai perancang, pelaksana, pemantau dan penilai objektif menangani gejala sosial supaya dapat dicapai.

     

    Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor ini mengadakan mesyuarat secara berkala iaitu tiga (3) bulan sekali dan mengikut keperluan dengan melibatkan komitmen semua jabatan / agensi seperti Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial yang diwujudkan di peringkat daerah, di mana ahli – ahlinya adalah jabatan di peringkat daerah. Jabatan / agensi yang terlibat di peringkat induk dan juga daerah  adalah seperti berikut :

     

    • Semua Pejabat Daerah;
    • Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM);
    • PEMADAM;
    • Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK);
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    • Lembaga Zakat Selangor;
    • Jabatan Pelajaran;
    • Jabatan Kesihatan;
    • Jabatan Pendaftaran Negara;

     

     

     

    • IPTA / IPTS
    • Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru (MPPIBG);
    • Majlis Permuafakatan Tadika Selangor;
    • Wakil Media; dan
    • Persatuan Belia, Persatuan Wanita, PIBG, IPTS serta NGO

     

    Pihak Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi program menangani gejala sosial untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.

     

    i)             Laporan Perancangan Dan Pelaksanaan Program Secara Berkala

    Selain itu, Jabatan / agensi terlibat terutamanya Pejabat Daerah, PBT, Agensi AADK, PDRM dan JAIS akan mengemukakan laporan  perancangan,  pelaksanaan dan pelan tindakan menangani gejala sosial  dan membentangkannya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk.

     

    ii)            Kerjasama Di Dalam Pelaksanaan Program GeMS

    Hasil kerjasama dan komitmen daripada semua jabatan / agensi ini, maka sebanyak 31 Program Menangani Gejala Sosial (GeMS) yang berbentuk pendidikan ilmu agama, pembangunan dan pengajaran ke arah tatacara kehidupan harmoni telah berjaya dilaksanakan di semua peringkat daerah antaranya :

     

    • Program Jelajah GeMS (Karnival GeMS) di adakan di setiap daerah dan mendapat kerjasama daripada semua jabatan /  agensi  terutamanya Pejabat Daerah dan PBT;

     

    • Seminar Keibubapaan;

     

    • Kursus Jati Diri, Ceramah dan Dialog mengikut kategori usia;

     

    • Seminar Kerjaya dan Keluarga;

     

    • Kepimpinan remaja / belia; dan

     

    • Kem Bina Sahsiah, aktiviti lasak dan sukan;

     

    • Program Kempen Anti Zina

     

    Untuk makluman, Program Kempen Anti Zina yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2010 sempena sambutan kemerdekaan. Susulan itu, beberapa siri program Anti Zina telah berjaya dilaksanakan pada malam tahun baru 2011 dan pada 13 Februari 2011. Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi Jabatan / agensi seperti Pejabat Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah, Badan Bukan Kerajaan (NGO).

     

     

     

     

    Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah yang proaktif di dalam merancang dan merangka Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial. Pada peringkat pertama satu mekanisme khusus telah diwujudkan seperti berikut :

     

    1. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri

     

    Penubuhan Jawatankuasa ini berperanan untuk menjadi agen yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani masalah gejala sosial secara efektif. Jabatan / agensi terlibat adalah seperti di bawah :

     

    • Semua Pejabat Daerah;
    • Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
    • Polis Diraja Malaysia Selangor (PDRM);
    • PEMADAM;
    • Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK);
    • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS);
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    • Lembaga Zakat Selangor;
    • Jabatan Pelajaran;
    • Jabatan Kesihatan;
    • Jabatan Pendaftaran Negara;
    • IPTA / IPTS
    • Majlis Permuafakatan Ibu bapa dan Guru (MPPIBG);
    • Majlis Permuafakatan Tadika Selangor;
    • Wakil Media; dan
    • Persatuan Belia, Persatuan Wanita, PIBG, MPTS, IPTS serta NGO

     

     

    1. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Daerah

     

    Selain itu, Penubuhan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pertubuhan Belia, Pertubuhan Wanita, Ketua – ketua  Kaum, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Persatuan Penduduk dan NGO. Peranan dan matlamat penubuhan  Jawatankuasa  ini adalah untuk :

    • Merancang program, mengenal pasti masalah / punca untuk dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk di peringkat
    • Menubuhkan Bilik Gerakan GeMS di setiap daerah dan memastikan program dilaksanakan dengan efektif contohnya melaksanakan latihan kemahiran bersiri secara bulanan atau mingguan dengan fokus kepada minat remaja dan belia masa kini. Selain itu,  mewujudkan  Talian Kasih  bagi memudahkan remaja, belia dan ibu bapa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan atas isu yang berkaitan seperti  aspek  sosial,  ekonomi, pendidikan dan agama. Talian ini boleh dikategorikan sebagai talian kaunseling

     

     

     

     

     

    • Penglibatan NGO

    Mempertingkatkan pembabitan NGO di dalam menyokong perancangan dan membantu pelaksanaan program.

     

    1. Unit Gejala Sosial Negeri

    Penubuhan Unit Gejala Sosial berfungsi untuk menyelaras dan menyelenggara setiap program yang di rancang dilaksanakan secara agresif dan bersepadu.

Lampiran

Tiada Lampiran.