JAWATANKUASA TANAH
53) JAWATANKUASA TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah kerajaan sehingga sekarang masih belum memulihkan penubuhan Jawatankuasa Tanah di setiap daerah di mana jawatankuasa ini penting untuk wakil rakyat memantau urusan-urusan tanah di kawasan masing- masing?
a) Buat masa ini, belum ada keperluan untuk Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Tanah. Ini kerana Jawatankuasa Teknikal di peringkat Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) telah ditubuhkan bagi menggantikan Jawatankuasa Tanah Daerah mulai tahun 2008. Jawatankuasa Teknikal ini dianggotai oleh semua wakil Jabatan Teknikal dan tiada arahan daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk melibatkan Ahli Dewan Negeri kawasan, Ahli Parlimen kawasan dan/ atau Penyelaras DUN kawasan sebagai ahli mesyuarat.
