Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

192) JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN DAN KEHIDUPAN BANDAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan program baharu di bawah Portfolio tersebut.

    Jawatankuasa Tetap Perumahan Dan Kehidupan Bandar telah mengenalpasti beberapa cadangan program-program baru untuk dikaji kesesuaian, kemampuan dan kebolehlaksanaan antaranya seperti berikut:

    • Pembangunan semula slum area atau projek-projek
    • Pelaksanaan penyenggaraan    oleh    Pihak     Berkuasa     Tempatan di semua kawasan pangsapuri kos rendah yang meliputi kerja penurapan jalan dalam pangsapuri, pemotongan rumput, pembersihan kawasan, kerja lanskap dan pengambilalihan pengurusan lampu
    • Memperkasakan struktur organisasi Pesuruhjaya Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Penyelarasan Program    Pemerbedayaan    Komuniti     sedia     ada    di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
    • Kajian Depresi Dan Kualiti Hidup Penduduk Di Kehidupan
    • Menyediakan prasarana untuk anak-anak pangsapuri belajar selepas atau sebelum sesi persekolah di pangsapuri mereka.
    • Menyediakan medium kepada pemilik-pemilik pangsapuri untuk membuat bayaran caj penyenggaraan (maintenance fee) secara berpusat melalui gerbang pembayaran di SMART Selangor (cashless society).

    Jawatankuasa Tetap Perumahan Dan Kehidupan Bandar juga sedang menunggu Dasar Perumahan Dan Kehidupan Bandar Negara sekiranya ada untuk diselaraskan      agar      dapat      memperkasakan       lagi       program-program di peringkat Negeri untuk memberi impak yang lebih berkesan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.