Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

118) JAWATANKUASA WANITA DI SETIAP PERINGKAT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan PBT & Pejabat Daerah yang telah mewujudkan jawatankuasa Wanita secara formal. Nyatakan struktur organisasinya.

    Kerajaan Negeri sentiasa serius dalam mengadakan sesuatu program terutama sekali yang melibatkan golongan wanita. Keberkesanan sesuatu program perlu dinikmati oleh seluruh wanita di Selangor. Oleh yang demikian, bagi memastikan program-program wanita yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri turut dinikmati oleh seluruh pelosok wanita di Selangor, maka Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengarahkan agar setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah / Tanah di Selangor mewujudkan Jawatankuasa Wanita di Daerah dan PBT masing-masing. Sehingga kini, seluruh PBT dan Daerah telah mempunyai Jawatankuasa Wanita di Kawasan sendiri dan jawatankuasa ini diketuai oleh sama ada di kalangan Pegawai Kerajaan Wanita atau Ahli Majlis Wanita tempatan yang terpilih.

    Jawatankuasa Wanita di Peringkat Daerah atau PBT adalah berperanan sebagai penggerak kepada program-program yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri dan juga sebagai penyalur maklumat yang sahih kepada wanita setempat. Justeru itu, jawatankuasa ini perlu sentiasa aktif mengadakan program-program bersama-sama wanita setempat. Peruntukan bagi mengadakan program-program wanita adalah mengikut kemampuan dan peruntukan yang disediakan oleh Daerah dan PBT itu sendiri.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau perjalanan program yang dilaksanakan oleh jawatankuasa wanita peringkat Daerah atau PBT sama ada melalui laporan pelaksanaan program mahupun turut serta sebagai penganjur bersama program-program yang dilaksanakan di Daerah atau PBT bagi wanita setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.