Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

130) JEJAK ILMUAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status program Jejak Ilmuah terkini dan siapakah tokoh-tokoh ilmuan Selangor yang telah dikenal pasti?

    1. Bagi tahun 2009, status pelaksanaan program ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak UNISEL telah berjaya melaksanakan program Jelajah Ilmuwan di 3 daerah di seluruh Negeri Selangor, iaitu di Daerah Sabak Bernam, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Klang, Majlis Pelancaran Program Jelajah Ilmuwan ini juga telah dilaksanakan pada 8 November 2009 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Negeri

     

    Sepanjang program Jelajah Ilmuwan ini dilaksanakan terdapat beberapa ilmuwan yang telah diketengahkan kepada masyarakat iaitu :

     

    • Profesor Abdul Latif Ibrahim, yang merupakan ilmuwan dari bidang Bio-teknologi. Beliau juga adalah anak kelahiran Negeri
    • Profesor Dr Khazani bin Abdullah, ilmuwan dari bidang fiber optik. Beliau pernah dianugerahkan sebagai saintis Muda pada tahun 2001 di atas sumbangan beliau di dalam bidang fiber optik
    • Profesor Dr Anuar bin Ahmad, ilmuwan dair bidang kejuruteraan. Beliau adalah ketua projek bagi International Cansat Dewigns Competitioan di  Madrid, Sepanyol di mana Unisel tlah menjuari ‘open category’.

Lampiran

Tiada Lampiran.