Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

38) JELAJAH RAMADAN,PEDULI RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri bagi program tersebut?

    Program ‘Jelajah Ramadhan, Peduli Rakyat’ adalah merupakan inisiatif kebajikan oleh beberapa pihak swasta yang menggunakan Corporate Social Responsibility (CSR) mereka sendiri tanpa melibatkan sebarang kos kerajaan. Sepertimana dalam program Rumah Selangorku, pembinaan rumah dilakukan oleh pihak swasta, hanya dilancar oleh pihak Kerajaan Negeri yang diselia pelaksanaannya oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah

     

    Justeru itu program Jelajah Ramadhan, Peduli Rakyat ini juga dilakukan dengan konsep yang serupa dan tidak ada penggunaan wang daripada pihak Kerajaan bagi membiayai program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.