Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

89) JENAYAH DAN KESELAMATAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Minta kerajaan negeri nyatakan usaha untuk meningkatkan 'community policing' untuk dijalankan di semua zon PBT

    Kerajaan Negeri menggalakkan semua PBT untuk melaksanakan program Pasukan Keselamatan Kejiranan atau Polis Komuniti / Community Policing di dalam kawasan pentadbirannya. Sebagai contoh di MBPJ melalui program PJ SAFE “Safety For All” memperuntukkan sebanyak RM 700,000.00 pada tahun 2014. Dari Janauri sehingga kini terdapat 61 permohonan telah diterima dan sejumlah RM 280,000.00 telah dibayar kepada 51 RT / RA dan 5 JMB. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengalakkan penglibatan secara kolektif kepada persatuan-persatuan penduduk secara aktif untuk terlibat di dalam program-program keselamatan yang dianjurkan di kawasan pentadbiran Petaling Jaya. Program ini juga turut melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia. Di samping itu, pihak Majlis telah mengadakan 4 kali majlis dialog dan pameran di kawasan komuniti sekitar Petaling Jaya. Di samping itu juga, PBT juga bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi memperluaskan pergerakan kawalan keselamatan. Antara usaha PBT untuk meningkatkan aktiviti polis komuniti adalah:-

    • Menyediakan anggota penguatkuasa bersama dengan pihak PDRM;

     

    • Rondaan dilakukan dikawasan hotspot kadar jenayah yang tinggi oleh pihak PDRM.

     

    • Dua (2) orang wakil daripada Bahagian Penguatkuasaan yang akan dijadualkan untuk menyertai rondaan

     

    1. Pihak MBSA juga mengadakan aktiviti kawalan keselamatan yang melibatkan kawasan   pangsapuri   yang    telah    disenaraikan   sebagai kawasan hotspot kadar jenayah yang tinggi yang dikenali Program Skim Rondaan Keselamatan Dan Kejiranan Pangsapuri Negeri Selangor (SEROJA) yang mana ianya diselaraskan oleh Lembaga Perumahan & Harta Negeri Selangor (LPHS). Program ini akan diperluaskan lagi di lima (5) buah kawasan pangsapuri di MBSA.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.