Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

22) JENAYAH PENDATANG ASING

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pekerja-pekerja dari pendatang asing semakin ramai di Selangor dan ada di kalangan mereka melakukan kegiatan jenayah. Berapakah jumlah pendatang asing yang didaftarkan untuk menjadi pekerja di sektorsektor awam dan swasta?

    JAWAPAN DARIPADA JABATAN IMIGRESEN
    Untuk makluman Y.B tiada pekerja asing yang didaftar untuk menjadi pekerja disektor
    awam di Negeri Selangor, manakala bagi sektor swasta pula adalah sebanyak 82,217
    orang.
    Maklumat Tambahan
    Pecahan mengikut bidang perkhidmatan yang berkaitan adalah seperti berikut :
    1) Pembantu Rumah 24445
    2) Pembinaan 9345
    3) Perkilangan 30147
    4) Perladangan 3698
    5) Perkhidmatan 14582
    JUMLAH 82217

Lampiran

Tiada Lampiran.