Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

34) JENIS BANTUAN KEBAJIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jenis bantuan kebajikan sedia ada. Perincikan golongan penerima.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 11 jenis bantuan kewangan seperti berikut:

     

    1. Bantuan Kanak-kanak (BKK)
    2. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    3. Bantuan Orang Tua (BOT)
    4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    5. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    6. Bantuan Am (BA)
    7. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    8. Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    9. Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
    10. Bantuan Geran
    11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)

     

    Prinsip pemberian bantuan JKM adalah berdasarkan kepada kelayakan dan bukan merupakan hak tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan jantina.

    Perincian golongan penerima adalah seperti berikut:

     

    JENIS BANTUAN KADAR (RM) KRITERIA
    1. Bantuan Kanak-kanak (BKK) 100 –

    450.00

    Diberikan kepada keluarga yang sedang memberi jagaan kepada     anak/kanak- kanak berikut;

    1.          berumur 18 tahun ke bawah,

    2.          anak-anak yatim/yatim piatu;

    3.          kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa/penjaga              yang              tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, tidak upaya, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.

    2. Bantuan Anak Pelihara (BAP) 500.00 Diberikan kepada penjaga yang menjaga kanak-kanak seperti            berikut:

    i.            kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah

    ii.           kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;

    iii.         kanak-kanak yang tinggal bersama dengan keluarga ganti;

    iv.         Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;

    v.          kanak-kanak yang diambil dari Program Anak Pelihara”yang

    dikendalikan oleh JKM;

    vi.         Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah bagi                                                    kanak- kanak mengikut Akta Kanak- kanak 2001.

     

    3. Bantuan Orang Tua (BOT)

    300.00 Diberikan kepada warga tua  seperti berikut:

    i.   tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup;

    ii.   umur 60 tahun dan ke atas;

    iii.   Jika mempunyai keluarga tetapi keluarga tidak berkemampuan untuk menyara hidup.

     

    JENIS BANTUAN KADAR (RM) KRITERIA
     

    4. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

    300.00 Diberikan kepada OKU seperti berikut:

    i.            OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;

    ii.           Bekerja sendiri atau dengan majikan;

    iii.         Berpendapatan di bawah RM1,200.00 sebulan; dan

    iv.         tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

     

    5. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

    250.00 Diberikan kepada:

    i.      anak-anak penerima bantuan bulanan Jabatan;

    bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan kes-kes seliaan akhlak.

     

    6.    Bantuan Am (BA)

     

    100.00 /

    150.00 / 175.00

     

    Diberikan kepada golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan

    persekutuan lain.

     

    1. Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya     (OKU) Terlantar                       dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

     

    300.00

     

    Diberikan kepada ;

    i.                          penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU

    terlantar/pesakit kronik terlantar;

    ii.                        OKU terlantar/pesakit kronik terlantar yang bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian;dan

    iii.                      pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.

     

    8. Bantuan Orang Kurang Upaya(OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

     

    150.00

     

    Diberikan kepada:

    i.            OKU yang berdaftar dengan JKM;

    ii.           OKU yang tidak berupaya bekerja disebabkan faktor-faktor yang munasabah tetapi bukan kerana sikap tidak mahu bekerja;

    iii.         berumur antara 18-59 tahun;

    iv.         bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada;

    v.          bukan peserta program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan

     

    JENIS BANTUAN KADAR (RM) KRITERIA
        Pusat penjagaan / pemulihan kelolaan kerajaan dan NGO.
     

    9. Bantuan Alat Tiruan/Sokong an (BAT)

     

    Berdasar- kan Harga Alat Tiruan/ Sokongan

     

    Diberikan kepada OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli alat tiruan/sokongan yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan.

     

    10. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)

     

    2,700

    (max)

     

    Diberikan kepada klien jabatan yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dengan menceburi bidang ekonomi.

     

    11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas(TSBB)

     

    20,000

    (max)

     

    Diberikan kepada mangsa atau waris mangsa serangan binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.