Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

90) JETI NELAYAN TANJONG SEPAT BERKOS RM3.1 JUTA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri rasa berbaloi membelanjakan RM3.1juta membina semula jeti nelayan Tanjong Sepat?

    Tindakan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan sebanyak RM3.1juta untuk membina semula jeti nelayan Tanjong Sepat adalah sangat berguna dan memberi manfaat kepada semua pihak. Namun, pihak yang berkenaan perlu bekerjasama bagi memastikan ekonomi di kawasan tersebut terus dirangsang dan akan menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat tarikan pelancongan. Sebagai makluman semua, skop bagi kerja-kerja pembinaan jeti di Tanjong Sepat merangkumi meroboh dan membina semula jeti, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk penggunaan Jib Crane (digunakan untuk mengangkut ikan) dan kerja pembaikan tebing.

Lampiran

Tiada Lampiran.