Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

67) JETI PENDARATAN IKAN DI BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jeti tersebut?

    JAWAPAN OLEH MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB)

     

    Pihak UPEN, Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) sedang di dalam kajian semula berikutan tapak yang dicadangkan terlibat dengan struktur bangunan individu. Pihak persatuan semasa dalam program lawatan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar ke Bagan Sekinchan memohon pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan tapak baru yang perlu ditambak. Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dipohon untuk menjalankan kajian kesesuaian tapak untuk penambakan kawasan pantai yang terhakis berikutan cadangan yang terbaru merupakan kawasan yang telah terhakis.

    JAWAPAN OLEH LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

    Cadangan pelaksanaan Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dan Kawalan Hakisan Pantai Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan oleh LUAS akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.