JKR HULU SELANGOR
44) JKR HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Status terkini perancangan penyelesaian jangka pendek yang dicadangkan pada tahun 2016 untuk Jalan Negeri B54 di persimpangan Jalan Pahang - Jalan Ampang Pecah (depan Bangunan MDHS) yang menghadapi kesesakan lalulintas waktu puncak
Pihak JKR Hulu Selangor telah melaksanakan kerja-kerja ukur dan didapati lokasi tapak melibatkan lot tanah individu yang masih diduduki. Perkara ini memberikan kekangan dalam kerja-kerja menaiktaraf persimpangan tersebut. Walaubagaimanapun JKR Hulu Selangor telah melaksanakan tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan penambahahbaikan kepada operasi lampu isyarat di persimpangan tersebut. Berdasarkan pemerhatian, didapati hasil daripada penambahbaikan ini dapat mengawal kesesakan di persimpangan tersebut.
Maklumat Tambahan
- Lokasi kesesakan di jalan di persimpangan yang terlibat.
Berdasakan bancian lalulintas di persimpangan tersebut jumlah kenderaan adalah sebanyak 37 buah pada waktu puncak (7 pagi hingga 8 pagi). Penambahbaikan tempoh masa lampu isyarat diubah untuk membolehkan 37 unit kenderaan melepasi lampu isyarat tersebut.


Pihak JPS telah melaksanakan projek bertajuk Kerja-kerja menaiktaraf kolam takungan U Sel Maju serta bandar utama Batang Kali dan telah siap pada siap 28 September 2015.
Walau bagaimanapun kapasiti kolam takungan (downstream) tidak dapat menampung aliran air permukaan daripada pembangunan-pembangunan baru di kawasan sekitar. Pihak JKR telah mengambil inisiatif bagi membantu mengatasi masalah ini dengan menaiktaraf longkang sepanjang 200m (road side drain- upper stream)
